MENGENAI KAMI

BLESS adalah program keusahawanan yang holistik dan komprehensif dengan menyasarkan penglibatan usahawan di semua peringkat sama ada mikro, kecil atau sederhana merangkumi keseluruhan komuniti keusahawanan Bumiputera. Program ini menawarkan ‘Ekosistem Keusahawanan Lengkap’ merangkumi pembangunan usahawan, pembangunan bisnes dan sokongan perniagaan dengan di tunjangi oleh modal insan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan MARA.

Bersifat interaktif dan ‘turun padang’, BLESS merupakan platform kepada usahawan dan bakal usahawan di seluruh negara untuk merebut peluang keusahawanan melalui kemudahan dan program yang ditawarkan oleh MARA serta lain-lain agensi di dalam pembangunan keusahawanan di Malaysia.

OBJEKTIF

Ruang interaksi langsung di antara rakyat dan MARA khususnya usahawan dan bakal usahawan melalui program yang dilaksanakan oleh MARA merangkumi pembangunan usahawan, pembangunan bisnes, sokongan perniagaan dan tenaga kerja (modal insan) yang cekap.

Platform Informasi MARA termasuk subsidiari yang terlibat di dalam sektor Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan.

Melahirkan usahawan bumiputera ke peringkat antarabangsa.

Kemudahan pembiayaan dan premis perniagaan bagi meningkatkan kompetensi usahawan Bumiputera.

‘One Stop Centre’ kepada semua aktiviti yang dilaksanakan oleh MARA.

SASARAN PROGRAM

AKTIVITI

Tarikh

21-23 Januari 2018

Tempat

Hotel Grand Alora, Alor Star, Kedah

JADUAL PROGRAM

8.00am : Pendaftaran Lobi Utama
9.00am : Sesi Plenari 1
‘Lonjakan Aspirasi Keusahawanan’
oleh: Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd. (Penerima Anugerah AURA MARA)
10.00am : Sesi Plenari 2 (Keynote Address)
‘Aspirasi Keusahawanan MARA 2018’
oleh: YBhg. En. Zulfikri bin Osman (Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA)
10.45am : Sesi Plenari 3
‘Sektor Pendidikan MARA – Modal Insan Berteraskan Keusahawanan’
oleh: YBhg. Dato’ Roseli bin Dol (Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA)
11.30am : Sesi Forum 1
‘Memacu Pembangunan Keusahawanan Bumiputera’
oleh: En. Lukman Hakim bin Hasan (Pengarah MARA Negeri Perlis) -Moderator
En. Mohd Diah bin Abas (Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersil MARA)
En. Abdul Aziz bin Hassan (Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA)
En. Zahari bin Aziz (Pengarah Bahagian Pembiayaan Perniagaan MARA)
2.00pm : Sesi Forum 2
‘Penjanaan Kekayaan Melalui Keusahawanan’
oleh: Encik Yahaya bin Sani (Pengarah MARA Negeri Perak) -Moderator
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
SME Corp Malaysia (SME Corp)
Malaysia Global & Innovation Centre (MaGIC)

HOTEL GRAND ALORA

No. 888, Persiaran Bandar Baru Darul Aman,
Sultanah Bahiyah Highway, Taman Mergong Jaya,
05150 Alor Setar, Kedah
grandalorahotel.com
+604-770 8888

HUBUNGI KAMI